Saturday, August 30, 2008

Lirik Lagu Warna penyanyi Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura

Warna
Ning Baizura

Lihatlah alam ini

Berseri warna warni

Beburung berkicauan

Di awangan

Kau hadir di sisi

Membawa erti

Pabila kita berdua bahagia

Cinta kita ini

Akan bersemi

Setiap detik ku nanti

Bilakah berjumpa lagi

Ohhh... kasih

Lihatlah dunia ini

Disinari mentari

Memberi cahaya baru

Untuk hidupku

Kau hadir di sisi

Membawa erti

Pabila kita berdua bahagia

Cinta kita ini

Tiada misteri

Terasa bagaikan mimpi

Perasaan ku alami

Rasa bahagia

Menyelubungi di jiwa

Berwarna warni

Perasaanku di hati

Cintamu ini

Bagai pelangi yang suci

Kekal dan abadi


dari Aedyanz@Naza

Warna - Ning Baizura

Lirik Lagu Antara Yang Manis penyanyi Anita Sarawak

Penyanyi Anita Sarawak

Antara Yang Manis
Anita Sarawak

Di antara pengalaman yang tumbuh melata

Satu demi satu subur di hati ku

Di antara kemanisan sering kucerita

Yang ku temu hanya di hatimu jua

Korus

Antara yang manis bila mimpi jadi nyata

Pengalaman indah kita pun tertawan

Antara yang manis saat mula kenal cinta

Sama-sama rasa betapa bahagia

Bagaimana kugambarkan ajaibnya cinta

Bisa merubahkan derita yang ada

Bangaimana kesusahan bertukar gembira

Alangkah manisnya pabila kau tiba


dari Adysuffi Adyan

Antara Yang Manis - Anita Sarawak

Friday, August 29, 2008

Lirik Lagu Pulang Di Hari Raya penyanyi Noorkumalasari

Penyanyi Noorkumalasari

Pulang Di Hari Raya
Noorkumalasari

Oh... gembira

Rasanya hati pengembara

Dapat pulang

bersua dengan yang tersayang

Bersyukurlah

Pada Tuhan yang Masa Esa

Dapat kita

Merayakan bersama-sama

Di hari mulia ini

Kususun sepuluh jari

Ku kini telah kembali

Padamu yang menanti

Selamat hari raya

Hari yang bahagia

Selamat hari raya

Ampun maaf dipinta

Indah nian

Desa yang lama kutinggalkan

Kerinduan

Seakan memanggil kupulang

Suasana

Sungguh meriah di sini sana

Segalanya

Berseri indah berhias rupa

Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari

Lirik Lagu Aku Tidak Di Mata Mu penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Aku Tidak Di Mata Mu
Nora

Pergilah jika kau mahu

Pergilah tak usah kembali

Tak akan ku pujuk lagi

Tak perlu merayu lagi

Biarkan saja

Semua berlaku

Usah dipanjangkan lagi

Makin dalam sedih yang kusimpan

Kau pinta ku memahami

Apa yang terlintas di hati

Sedangkan kau tak cuba

Malah kau sengaja memyembunyikan

Apakah ertinya

Apa yang kau mahu dari ku

Rindu akan terus mengusik hatiku

Rindu akan mencungkil kemesraan yang lalu

Biarlah aku simpan kenangan yang manis

Walau hakikatnya payah untuk aku terima

Jika benar atau pun sungguh bagaikan dikata

Tak akan aku halang keputusanmu itu

Usah ditanya

Apakah sudahnya selepas ini

Biar aku dengan cara sendiri

Merajuk biar bertempat

Memujuk ada batasannya

Takkan kurujuk walau terpaksa

Takkan kupujuk andai dipaksa

Pandai-pandailah engaku bawa haluanmu

Tanpaku menemanimu

Aku Tidak Di Mata Mu - Nora

Thursday, August 28, 2008

Lirik Lagu Bawalah Ku Bersama Mu penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Bawalah Ku Bersama Mu
Nora

Kini kau kembali

Menegur hatiku

Membuatku tertanya

Apakah niatmu

Mungkinkah duka dulu

Berulang rindu

Ukiran kesalanmu

Mengubah fikirku

Sentuhan jejarimu

Mewujudkan pasti

Asmara kembali semula

Bawalah ku bersamamu

Bawalah cinta ini

Ke hujung dunia

Ke akhir usia

Bawaku bersamamu

Menempuhi segala

Dugaan asmara

Kerana percintaan suci

Membawa ke syurga

Cintamu

Ku genggami

Subur di dasar hati

Pastinya

Mekar selamanya

Oh indahnya

Saat ini tak dapat kulupakan

Semoga

Kekal ke akhirnya




dari Kuyun

Bawalah Ku Bersama Mu - Nora

Lirik Lagu Dakapan penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Dakapan
Nora

Tiada pernah kusangka

Ku dilanda derita

Hanya kerna kasih

Tiada lagi harapan

Untuk capai impian

Terkapaiku dalam gelita

Mana cinta

Yang setia

Setulus hati suci ini

Sampai bila

Bahagia

Akan menyusuri hidupku

Ketika tiada ku terdaya

Menjelma dikau tiba-tiba

Membawa sejuta harapan

Untukku kecapi bahagia

Korus

Di dalam dakapan cintamu

Bebaslah keresahan

Di dalam pelukan

Kasihmu oh kasihmu oh

Di dalam dakapan cintamu

Seolah di awangan

Di dalam pelukan

Cintamu




dari Kuyun

Dakapan - Nora

Tuesday, August 26, 2008

Lirik Lagu Kau Tak Pernah Jauh penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Kau Tak Pernah Jauh
Nora

Oh...

Di mana pun ku berdiri

Kau kan tetap kuingati

Kau selalu dekat dalam hati ini

Dan tak pernah sehari pun

Hari-hari yang berlalu

Tanpa aku merindu mu kekasihku

Saat kita berjauhan

Jangan ada rasa bimbang

Kerna cinta menyatukan perasaan

Tak mengira detik waktu

Ingin kulafaz selalu

Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku

Akan tetap aku tempuh

Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu

Tanpa jemu dan selalu

Sentiasa dekat di hatiku...

Kau membuat hidup ini

Semakin lebih bererti

Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu

Ingin kulafaz selalu

Aku cinta kepadamu

Walau seribu liku di depanku

Akan tetap aku tempuh

Dalam hatiku kau tak pernah jauh

Walaupun terpaksa ku menunggu

Tanpa jemu dan selalu

Sentiasa dekat di hatiku...

Kau membuat hidup ini

Semakin lebih bererti

Kau miliki kelebihan tersendiri

Tak mengira detik waktu

Ingin kulafaz selalu

Aku cinta kepadamu

Kekasih... kepadamu... kekasih


dari Suhaimi Shariff & Nizarman & RieLyen2005 & Izwa Syafinaz
& -Adiekz

Kau Tak Pernah Jauh - Nora

Monday, August 25, 2008

Lirik Lagu Bisikan Cinta penyanyi Anita Sarawak

Penyanyi Anita Sarawak

Bisikan Cinta
Anita Sarawak

Lautan luas ku seberangi

Ombak dan badai ku harungi

Demi cinta ku hanya untukmu

Engkaulah seri dalam hidupku

Gunung yang tinggi 'kan ku daki

Lembah dan lurah ku harungi

Mati pun aku rela berkorban

Asalkan kau setia selalu

Walau kini jauh

Kesetiaan ini hanya untukmu

Berjuta godaan takkan mampu

Bisikanlah cinta

Lewat angin malam

Agar hidup ini

Bukan dalam mimpi

Malam-malam sunyi

Bayang-bayanganmu

Selalu dalam mimpiku

Berjuta harapan ku nantikan

Bisikan Cinta - Anita Sarawak

Lirik Lagu Perjuangan Yang Belum Selesai penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Perjuangan Yang Belum Selesai
Nora

Langkah, beribu langkah

Ke destinasi yang diimpi

Tiba terhenti, tercari-cari

Haluan arah, yang telah pun musnah

Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri

Hanya menantikan bantuan

Bagaimanakah ini terjadi

Kerdilnya diri bukan lagi tuan

Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah

Biarkah bertatih

Impian kan juga terlaksana

Martabat diri ini, tiadakan bererti

Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya

Renjisan keringat oh bangsaku

Teruskan langkah ini

Biarkan ia kekal selamanya...

"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

Bukankah sejak zaman berzaman

Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka?

Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap

Menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera

Menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah

Biarkah bertatih

Impian kan jadi terlaksana

Martabat diri ini, tiadakan bererti

Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya

Renjisan keringat oh bangsaku

Teruskan langkah ini

Biarkan ia kekal sentiasa...

"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda

Bangsanya yang berjaya"

Perjuangan Yang Belum Selesai - Nora

Sunday, August 24, 2008

Lirik Lagu Sandiwara penyanyi Nora

Penyanyi Nora

Sandiwara
Nora

Tiada lagi cinta pada wajah mu

Yang dikau miliki mula pertemuan

Cahaya kasih abadi... ke mana

Cahaya itu hilang tanpa alasan

Terhanyutlah sutra di alunan samudera

Kini harapan tenggelam

Daku kencundang dalam kekecewaan

Sandiwara pun menjelma

Nikmat insan sementara terpedaya

Kau dihanyut kepalsuan

Oleh insan kesesatan jalan pulang

Korus

Aku yang tersiksa di penjara cinta

Suci mu membeku pudarlah cahaya

Aku menyaksikan engkau kecundangan

Jiwa ku tertekan di antara cinta ini

Dan kepalsuan


dari Adysuffi Adyan

Sandiwara - Nora

Lirik Lagu Cintamu Muzik Dihatiku penyanyi Anita Sarawak

Penyanyi Anita Sarawak

Cintamu Muzik Dihatiku
Anita Sarawak

Siapakah dirimu

Yang hadir kala ku sepi

Kerana kau menyentuh jiwaku

Bagaikan lagu merdu

Kau merawat sepiku

Kau membisikan kau cinta padaku

Dulu aku dibelenggu

Duka kenangan lalu

Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Korus

Cinta mu muzik di hatiku

Berlagu di dalam hidupku

Yang melenyapkan satu kedukaan

Cinta mu muzik di hatiku

Berputar tanpa rasa jemu

Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi

Sungguh indah

Irama mu melembutkan hati ini

Pernah ku lafazkan

Tak mengulanginya

Tapi takdir-Nya siapa menduga

Untuk kali kedua

Ku kembali bercinta

Bercucuran lembut memukau hatiku

Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu

Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Korus

Cinta mu muzik di hatiku

Menjadi nada nada rindu

Yang berpanjangan bawa kedamaian

Cinta mu muzik di hatiku

Menyanyi di sudut jiwaku

Melahirkan satu pengharapan

Sungguh indah

Irama mu melembutkan hati ini

Cintamu Muzik Dihatiku - Anita Sarawak