Kekalkan Warisan
Ziana Zain
Dunia kita pada hari ini
Tak seperti dulu lagi
Dulu sunyi kini ngeri
Ada sahaja tragedi
Awan, terus mendung
Bumi kian murung
Entah mengapa kini
Dilanda gerhana lagi
Kebakaran kian berterusan
Wajah alam semakin kelam
Hidup sungguh menyeksakan
Hidup di dalam keganasan
Hilanglah warisan
Pada siapa kita persalahkan
Cuba kita fikirkan
Cuba kita betulkan
Masa terus berjalan
Jangan kita biarkan
Bumi kita
Kian menjadi gersang
Kesuburan
Bumi kian mengilang
Gunung tinggi
Kini diperendahkan
Dijadikannya
Tapak perumahan
Kemana perginya meranti
Yang tegak berdiri tinggi
Apakah dijual beli
Ataupun telah dicuri
Pada siapa harus
Kita persalahkan
Cuba kita fikirkan
Cuba kita betulkan
Pada siapa harus
Kita persalahkan
dari Azai
Kekalkan Warisan - Ziana Zain
No comments:
Post a Comment