Monday, July 14, 2008

Lirik Lagu Berharga Keturunan penyanyi Sejambak Syair Alif Mokhter

Penyanyi Sejambak Syair Alif Mokhter

Berharga Keturunan
Sejambak Syair Alif Mokhter

Apakah yang kau ratapi sayang

Adakah berduka di hati walang

Atau kehendak cubalah bilang

Kau meratap hati ku bimbang

Aku mahu melihat anak ku

Engkau gembira riang selalu

Penat bekerja upahnya itu

Terubat letih hilanglah lesu

Kasih ayah tak ada taranya

Lulus kehendak bila dipinta

Kau zuriat pelapik nyawa

Tak ada anak hidup gerhana

Orang yang tak ada menimang anak

Dadanya sebu kepalanya tunak

Kian ke mari fikirannya sesak

Apalagi di hartanya banyak

Lebih lagi cucu bersama

Dinilai kasih tak ada taranya

Dek cucu terpintak kehendaknya

Kalau nak tahu bercucu pula

Ini kesah hanya keturunan

Dalam hidup menunggu zaman

Tak lengkap dunia tanpa peninggalan

Anak dan harta tujuan insan


8 Oktober 1989

Berharga Keturunan - Sejambak Syair Alif Mokhter

No comments: