Canggai
Siti Nurhaliza
Canggailah kanan hai derik kanan berderik
Melangkah anak ular berbelit kaki alahai
Andai tersalah langkah lekas mencari arah
Lah inang uleknya inang
Canggailah kiri hai derik kiri berderik
Bagai melangkah bayam menabur bayam alahai
Andai tingkah bercanggah canggai lengan diubah
Lah inang uleknya inang
Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Lenggoknya alahainya inang berpasang-pasangannya
Hai melangkah ke kiri dan ke kanan
Ala inang ala inang ala hai
La ulek ya ulek sayang
Eloknya alahai tarinya berpusinglah berpusing
Hai sekata ke kanan dan ke kiri
Hai eloknya hai indahnya tarian gemalai
Tarian di kaki bercanggai
Hai eloknya hai menawan hai lenggangnya
Berlenggok tarian di kaki bercanggai
Canggailah lama hai derik tidak berderik
Canggai tersimpan sisip cucurnya atap alahai
Sepakat dan bersantun inang tari menyusun
Bagaikan sirih dijunjung
Inang gemalai inang di julai
Bagailah nan terongkai kata berangkai
Madah berbungkal belum tercanai
Bagailah nan mengusap bahasa berungkap
Kata berhajat yang belum tersurat
dari Ixora Leen
Canggai - Siti Nurhaliza
No comments:
Post a Comment