Monday, July 14, 2008

Lirik Lagu Cepat Kaya penyanyi Senario

Penyanyi Senario

Cepat Kaya
Senario

Dikata... dikata boleh untung berjuta

Tiba masa bergaya

Dicuba... dicuba tak perlu banyak kerja

Ini niaga pasti cepat kaya

Cepat isi borang jangan sampai petang

Wang anda tak akan terbang melayang

Cepat cari orang panggil adik abang

Nanti kita banyak wang

Pemuda pemudi pun boleh ikut sama

Pintu sentiasa terbuka

Dipikat diikat biar sampai dapat

Nanti untung aku yang sebat

Jangan potong orang itu kerja senang

Jangan sampai kena serang menyerang

Baru dapat orang belum dapat wang

Dah tunjuk pandai tunjuk belang

Puas nak naik pangkat

Badan kini dah penat

Sampai cakap pun dah tak larat

Seorang pun tak masuk jerat

Puaslah sudah aku pujuk-pujuk dia

Naik kering anak tekak

Tapi dia tak masuk juga

Hai letih...

Al kisah nak jadi kaya raya

Nak mengejar wang berjuta-juta

Modalnya alahai senang saja

Cuma hanya nak mencari mangsa

Kerja tak tentu masa

Niat dihati nak bantu bangsa

Pimpin isteri dukung anak

Mesyuarat merata-rata

Apalah nasib hai si-tulang empat kerat

Dikejar-kejar tak dapat

Tak dikejar kita merempat

Al-kisah nak jadi kaya raya

Nak mengejar wang berjuta-juta

Modalnya alahai senang saja

Cuma hanya nak cari mangsa


dari AnZa

Cepat Kaya - Senario

No comments: