Kiranya Ilham Datang Bertandang<br>
Sejambak Syair Alif Mokhter
Desa ku amat jauh ke hulu
Keluarga ku bertambah bertalu-talu
Soal hidup menusuk kalbu
Terutama anak bersekolahnya perlu
Merempat aku kian ke mari
Mengambil upah bekerja sendiri
Susah payah aku tak peduli
Elakkan menganggur dan jua berkuli
Bulan Disember tahun lima puluh lapan
Pembukaan tanah tajaan kerajaan
Ke SLB manusia akan dipindahkan
Menunaikan janji yang dah dihamburkan
Borang ku isi nak sama berpindah
Impian rakyat tanah bertuah
Kiranya susah agar berubah
Langkah ku atur kat Allah berserah
Di sana hidup ku kini bertukar
Anak semua dah tamat mengaji
Aku pun berdua suami isteri
Ke Tanah Suci mengerjakan haji
9 Oktober 1989
Kiranya Ilham Datang Bertandang<br> - Sejambak Syair Alif Mokhter
No comments:
Post a Comment