Sunday, July 6, 2008

Lirik Lagu Lenggang Lenggok penyanyi Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

Penyanyi Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

Lenggang Lenggok
Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya

Sunguh menawan

Paras cantik memikat gaya manjanya

Hati tertawan

Rambut panjang berjurai hitam berkilat

Mayang mengurai

Lemah lembut gayanya tersenyum simpul

Lemah gemalai

Resah jangan diharap pagi yang cerah

Bawa bersenda

Usah bagaikan dedap sungguhpun merah

Harum tiada

Bukan kerana mawar kumbang mengidam

Seri gubahan

Intan tetap bersinar walau terbenam

Di perlimbahan



Cantik baju kebaya pukau warnanya

Berbunga jarang

Baik budi bahasa walau kemana

Dikenang orang

Segar dingin terasa bayu membelai

Tiada henti

Biar miskin kelana asalkan pandai

Mengambil hati

Lenggang Lenggok - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris

No comments: