Sunday, July 6, 2008

Lirik Lagu Nian Di Hati penyanyi Siti Nurhaliza

Penyanyi Siti Nurhaliza

Nian Di Hati
Siti Nurhaliza

Suburnya nian sukar dimadah

Mekar jiwa dilamar mimpi

Kasih sepantun tulisnya sudah

Hanya rindu ikatan hati

Berlumpur intan seri masih bertandang

Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun

Melambai daun sedang rimbun

Sarat di hati rindu ditanggung

Airmata ku tak terbendung

Dikau ku sanjung cinta suci terulung

Di jiwa ku semakin ranum

Terpadamlah gundah di hati

Setenangnya air di kali

Hilanglah resah terpancar naluri

Janji yang diikat teguh... berdiri

Lafazlah sejujur hatimu

Setulus halusnya budimu

Damaimu sesudah gerimis

Bawa daku bersama meniti pelangi

Ku yakin di sana menanti

Mahligai kencana abadi

Disaluti sutera asli

Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati

Kasihku bertahta di jiwa

Walaupun tiada di mata

Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang

Seribu sumpah kau tunaikan

Cinta berkurun kasih berzaman

Kerana sayang ku turutkan

Guruh di laman umpamanya gurindam

Mengusap di hati yang rawan


dari Shiela

Nian Di Hati - Siti Nurhaliza

No comments: