Rukun Islam
Sejambak Syair Alif Mokhter
Rukun Islam lima perkara
Syahadat, solat dan jua puasa
Serta berzakat dah cukup nizabnya
Ke Tanah Suci rukun kelimanya
Tiap-tiap muslimin dan jua muslimat
Kelima-limanya wajiblah dibuat
Setiap waktu di sebarang tempat
Selagi badan dikandung hayat
Rosaklah ugama kiranya diabaikan
Apalagi tak mahu menyempurnakan
Tuhan murka Rasulnya pun demkian
Di Akhirat nanti kat neraka ditempatkan
Wahai sekelian umat Islam
Lindungi diri dari direjam
Banyakkanlah tafakkur di tengah malam
Berzikir beristighfar setelah kiam
Kalimahnya adalah ibadat
Menghambakan diri dengan taat
Di sampingnya didului dengan niat
Kusyuk dan tawadduk ketika membuat
10 Oktober 1989
Rukun Islam - Sejambak Syair Alif Mokhter
No comments:
Post a Comment