Harum Tak Wangi
Siti Nordiana
Bagai aur bertemu dengan tebing
Saling bertaut pada janji wangi bicara
Nampak tenang namun arusnya dalam
Menghakis sari rindu
Yang nampak takkan gusar
Hati ini bagai retak seribu
Berkecai tidak jua
Bercantum tak sekali
Kerana kita dulu bagai sang kekasih
Kini jauh tersisih
Harum tak lagi wangi
Mungkin nasib silu menghampiriku
Atau cinta segan lagi nak menyapa
Dalam hati yang ada hanya kamu
Yang tiada hanya aku
Jemu ditelan waktu
Korus
Wajah ini serinya pudar sudah
Itulah kata-kata yang cukup menghirisku
Mujur bagiku kesedaran ini
Belum terlewat ke senja hari
Bertemu cinta jatuhnya jangan di mata
Terpaut hati rindu biar sampai mati
Seri wajahku bercahaya dari hati
Halus kataku harum sering budi
dari Samir
Harum Tak Wangi - Siti Nordiana
No comments:
Post a Comment