Terpaut Sayang Pada Mu
Siti Nurdiana
Terima kasih duhai sayangku
Kerana dikau menghulurkan
Seranjang mawar
Tanda cintamu yang suci
Harumi di hati ini
Terima kasih duhai sayangku
Kerana dikau sudi menyelami
Selautan kasihku
Dengan harum wangian
Cintamu selama ini
Korus
Engkau binaku mahligai syahdu
Dari permata yang aku impikan
Buat diriku berteduh kasih
Di bawah redup kasih sayangmu
Engkau bentangku padang cintamu
Untuk mengalas peraduan lenaku
Engkau selimutku dengan sutera
Kasih sayangmu oh asyiknya
Hanya kasih dan belaianmu
Yang penuh syahdu sudah memadaiku
Hingga dikau membuat diriku
Terpaut sayang padamu
dari RinaMS
Terpaut Sayang Pada Mu - Siti Nurdiana
No comments:
Post a Comment